Friday, January 28, 2011

Salam perkenalan.

Saya mempunyai 3 orang puteri hati saya yang saya selalu namakan mereka "angels of my soul'. Blog ni pun saya namakan sempena mereka. Mereka bertiga ni memang suka sangat ice blended. Bagi je apa-apa perisa pasti mereka suka, selagi namanya Ice Blended.


                                                    
Puteri sulung saya berusia 14 tahun, belajar di tingkatan 2. Yang sulung ni agak tegas orangnya. Dalam ketegasan, sebenarnya dia sangat manja. Maklumlah dah berumur 8 tahun baru dapat adik. Dialah harapan saya. Selalu membantu saya dalam banyak hal terutama dalam menjaga adik-adiknya. Sebagai kakak sulung dia sangat bertanggungjawab.

Puteri kedua pula, berusia 6 tahun, belajar di prasekolah kerajaan. Yang kedua ni unik sikit. Selalu mengalah, walaupun kadang-kadang tu nampak dari raut wajah dia yang dia tak puas hati. Yang istimewanya puteri kedua saya ni, dia seorang yang peramah. Dia senang bergaul dengan semua orang. Seperkara yang buat saya hairan ialah bila di sekolah dia terus jadi pendiam dan tak pandai bergaul. Di tadika swasta tahun lepas dan di prasekolah kerajaan sekarang ni sikapnya sama je. Pendiam...

Puteri ketiga berusia 5 tahun, belajar di tadika swasta. Yang ketiga ni memang memiliki sikap dan sifat yang selalunya ada pada anak bongsu. Manja yang melampau. Susah nak berenggang dengan saya, ibunya. Tiap-tiap pagi nak ke sekolah, airmata pasti meleleh. Tapi saya buat tak tahu aje.

Tujuan saya buat blog ni sebenarnya nak berkongsi cerita perihal  anak-anak saya yang tiga orang ni. Setelah tujuh tahun bergelar surirumah sepenuh masa, rasanya banyak yang boleh saya kongsikan dalam mendidik anak-anak ni. Kalau dulu saya sibuk mendidik anak-anak orang lain ketika bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian di Sarawak, sekarang pengalaman itu sedikit sebanyak saya gunakan untuk mendidik anak-anak saya pula.